'

✿Terima kasih sudi singgah sini.. leave ur jejak here K.. i'll visit u later✿

Showing posts with label Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

..Kalaulah berlaku kat aKu..

Salam Ukhwah...


Errmm... nk kongsikan kat kengkwn la crite ttg semlm.. korg nk taw x??! xnk!! alah...nk lah.. aku cite eh..
aku x taw lg crite sbenar.. kire ni br sinopsis la ni yek..

kisahnya...semlm ptg dapat sms dari seorg teman berbunyi..
Salam.. Alhamdulillah.. *** telah selamat melahirkan seorang puteri 3.1kg pd pkl 6.20ptg dlm kereta.. dan slamat sampai d hospital putrajaya 6.25ptg..."
ish..ish terkesima aku kejap bile baca yg aku bold tu.. hah?!! biar betol si*** ni.. mcm x percaye jek.. mcm mane bleh dlm keta plak.. aku terperanjat sbb setahu aku dia amik cuti awal 2mggu dr tarikh deliver.. ermm aku pun memandai.. agaknye die nk kuar kot.. huhuhu

Tp kan aku x leh bayangkan klu benda ni berlaku pada aku.. mesti en.hubby panik giler2.. die tu pelik skit.. kejap nmpk cool, kejap gelabah.. kih3x.. sowie ye en.hubby ( kebenaran itu mmg menyakitkan..hehehe)

Jap g aku nk g lawat si *** la.. nk tgk baby gegurl die.. sekali nk mengepoh r,  nk taw ape yg telah berlaku  kih3x...  itu saje perkongsian aku.. t aku update lanjutan dr kisah ni k.. ;)

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Monday, February 14, 2011

..samb. Kehamilan Berisiko..

Salam Ukhuwah..





Hai kengkwn.. seperti yang telah dijanjikan semlm.. nk teruskan pasal topik jenis kehamilan yang berisiko tinggi ni.. 

Sepertimana yang kita rasa saat tahu kita sedang hamil.. mcm2 perasaan yang timbul ade yg berbaur excited, terharu, gembira dan rase nak nangis pun ada.. tp bukan semua ibu2 bernasib baik dapat menjalani tempoh kehamilan dgn lancar dan sempurna. Ada bakal ibu yang terpaksa tempoh saat2 membimbangkan setelah doktor memastikan terdapat risiko komplikasi terhadap kehamilan mereka.

Di antara risiko2nya ialah:

a) Pre-Eklampsia atau Eklampsia - Komplikasi ini disebabkan peningkatan terhadap tekanan darah si ibu yang diikuti dgn peningkatan kadar protein dlm urin. Biasanya berlaku tika kandungan mencecah 20 mggu atau minggu pertama selepas bersalin. Risiko yg mgkn berlaku adalah seperti berikut:-
    • Plasenta terlepas dari dinding rahim;
    • Bayi berisiko mengalami gangguan kesihatan selepas lahir seperti kekejangan
    • Bayi lahir dgn berat badan rendah kerana plasenta tidak mampu untuk membekalkan makanan dgn baik
    • Bayi lahir pramatang
    • Ibu mengalami pendarahan yang banyak

b.) Jangkitan - Disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria : a) Jangkitan kulat sering berlaku pada vagina disebabkan kulat candida albicans. Penyebabnya adalah kadar hormon estrogen yang meningkat sewaktu hamil jadi tubuh menghasilkan banyak gula jenis glikogen yang merupakan makanan pada kulat tersebut. b) Jangkitan virus - paling byk adalah viru hepatitis B dan hepatitis C, terdapat jugak virus campak rubella yang bolen menyebabkan kecacatan janin, terutama pada jantung dan telinga bahagian dalam. Jangkitan virus sitomegalo pula boleh menyebabkan gangguan pembentukan otak dan hati janin. c) Jangkitan bakteria - seperti jangkitan pada vagina yang dipanggil vaginosis. Jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pra matang, kantung air ketuban bocor dan keguguran. Risiko yang mgkn berlaku:
    • bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjadi puncanya. Umumnya jangkitan semasa kehamilan akan mengganggu proses perkembangan janin secara keseluruhannya.
c.) Diabetes sebelum atau semasa hamil - komplikasi ini mengganggu kehamilan dan mampu  menyukarkan proses bersalin. Ia mgkn dihidap oleh ibu sebelum hamil dan ada yang muncul pada masa proses hamil (diabetes gestasional). Ia akan menyebabkan pelbagai masalah terhadap organ tubuh ibu mahupun janin. Risiko yang mgkn berlaku:-
    • kecacatan pada bayi yang lahir
    • kelainan pada sistem peredaran darah bayi terutama saluran air kencing
    • gangguan pada fungsi ginjal
    • kelainan pada sistem pencernaan
    • bayi lahir meninggal
    • ukuran bayi besar hingga sukar dilahirkan
    • bayi mengalami hipoglikemia iaitu kadar gula dalam darah bayi terlalu rendah
    • bayi sukar bernafas kerana kadar insulin atau gula dalam darah terlalu banyak


whatever it is saranan saya adalah lebih baik kita sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan bagi memantau tahap kesihatan kita ketika hamil.. dan pada saya kehamilan bukan lesen untuk  ibu2 bermalas2an apalagi dlm hal menjaga kebersihan diri, atau lesen untuk memakan apa saja mengikut kemahuan diri.. kerana sesetgh ibu hamil sgt manja dan sering dimanjakan.. oleh itu sebagai ibu yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk bayi mereka, hendaklah mendisplinkan diri  dalam menjaga kebersihan diri, pemakanan serta pengambilan ubat-ubatan (jika mengambil ubat/supplemen adalah lbh baik mengikut transkipsi yang diberikan oleh doktor bertauliah)


Ok kengkwn.. tertunai sudah janji saya.. ( lega rase..) sekiranya kwn2 ada pandangan atau maklumat tambahan silalah berkongsi dgn sy diruangan komen kamu itu...ok

Happy reading fwensss!!

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Sunday, February 13, 2011

..Kehamilan yang berisiko tinggi...

Salam Ukhuwah..

Knape eik.. ari ni tgn mcm gatal nk menaip jew.. mcm syok sndr jew..huahhahaa xpe2.. new blogger la katakan.. br2 excited lbh skit.. takut semakin lame semakin excited plak...kui3x...

Aku nk share ngan korg type2 hamil yang berisiko ni.. tp bukan sekarang kot.. mr.hubby ajak g Jusco plak.. pasal aritu anto service ixus 950.. akhirnye aku redha tuk anto service jek..huhuhu..jap g kna g tgk ape kebendanya diorg service smpi kna rm380 tuh..(abis duit aku..huhu)

Ectopal Pregnancy
Maaf ye kengkwn, nnt sy pos.. saya janjiiii (hand up)....nk post topik berfakta ni bukan bleh men tulis jek.. kang salah x pasal ade yg kna sue plak..kui3x, kna betul2 perah otak ni.. kasi betul2 ingat info 3 thn lepas aku belajar dr pakar O&G, UKM di Klinik Kesihatan Seri Kembangan..huhu hopefully aku ingat sebutir2 infonya... InsyaAllah...







Jupe t nxt post ye..huhuhu!!
♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Saturday, February 12, 2011

..Panduan meransang Janin..

Salam Ukhuwah..

Post ni adalah sambungan dari topik Cerdas dari Janin tuh..seperti yang telah dijanjikan kepada bakal2 ibu.. tentu da x sabar kan ?!! sabar... sabar... sbb kna baca dulu.. ;)


Bagaimana untuk memulakan tertib bg meransang janin ni.. baiklah kita ikutinya step by step k...
  • Cara sentuhan 
    • Gosok-gosok sekitar perut ibu dgn lembut dan menepuknya dengan perlahan. Perlu lakukannya dengan masa serta cara yang tetap kerana janin akan memahami interaksi itu ditujukan kepadanya;
  •  Bercakap-bercakap dengan bayi 
      • Dimulakan dengan memberi salam cth; 1." Assalamaualaikum anak mama/papa"; 2." Apa khabar sayang/ manja"; dan 3."Sayang.. da besar nnt jadi anak yang soleh/solehah" 
  • Membacakan (memperdengarkan) bahan bacaan/nyanyian, ayat suci al-quran kepada bayi dengan meletakkan headphone pada perut dan ibu bapa hendaklah mengikut membacanya sekali,  ia untuk meransang perkembangan sel otak bayi.
Suara si ayah akan membuat bayi lebih peka..
Kenapa kite kna baca/nyanyi sekali.. ini kerana dari pendengaran bayi kepada ayat bacaan itu.. gelombang suara dr dlm badan si ibu akan membuat bayi tenang dan menghayatinya.. automatik menguatkan ransangan sel otak bayi (neuron).
 
Tahukah anda Masa yang sesuai untuk melakukannya??!
Ya.. Masa yg sgt sesuai melakukannya adalah pada waktu malam.. ini kerana keadaan tika itu sunyi dan janin akan fokus pada satu bunyi itu sahaja.. Berinteraksi lah sekitar 5-10minit... bukan lama pun kan.. itulah pelaburan jangka panjang yang sgt2 bernilai.. :)


Oklah... kite jupe nxt post dgn pelbagai lagi info menarik ttg alam janin/bayi ni...

Happy reading fwensss!!


♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Friday, February 11, 2011

.. Cerdas dari Janin..

Salam Ukhuwah....

Sedang hamil?! nak tahu sesuatu.. kna bace la... :D


 

Tahukan kita dengan merangsang janin dalam kandungan akan menjadikan anak tersebut cerdas dan pintar.. Mari kte selidikinya dari kajian yang telah dijalankan oleh pakar pediatrik, Dr. Brent Logan.

Kajian mendapati ibu bapa mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan anak2 sejak dari dalam kandungan lagi. Lbh daripada 80% daripada perkembangan anak terutama dari segi kecerdasan, didapati bergantung kepada ransangan yang diterima oleh ibu bapanya.

 Hasil kajian mendapati ibu bapa boleh memulakan interaksi untuk merangsang minda anak sejak dari dalam kandungan sebaik sahaja masuk pada bulan ketiga. Ini kerana kajian mendapati sel otak janin telah pun berfungsi pada peringkat ini.

Janin yang sering diransang oleh ibu bapanya akan lahir dengan keadaan yg lbh tenang, sihat, berat dan panjang serta kurang meragam. Perkembangannya juga lebih cepat berbanding baby yg tidak diransang.

Ingin tahu bagaimana meransang baby dlm kandungan?!  Ada beberapa perkara penting yang ibu2 harus tahu dalam meransang janin anda..  tu nnt sy post k...  nntkan nxt post sy ttg panduan tepat meransang baby... ;D
Happy reading fwenss!!

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2