'

✿Terima kasih sudi singgah sini.. leave ur jejak here K.. i'll visit u later✿

Showing posts with label InFo. Show all posts
Showing posts with label InFo. Show all posts

Tuesday, October 6, 2020

Resepi Asam Pedas Bangsa Johor

Hi..hi..hi 

 Assalamualaikum wbt korg 

Harini xdok ide sgt nk cite.. tp aku nk share something yg selama ni aku suka buat.. haaa cer teka.. cer teka.. ahaks alaaa... rutin biasa2 yg sang ibu suka buat.. ape lg.. memasak!! Ke ada ibu2 yang x suka masak.. cer 🙋‍♀️ haaaa malu ler tu nk ngaku.. k xpe.. pelan2 belajar sok lusa da terror, korg sndr cam org giler isim madah nk masak je pg ptg siang mlm...😂 

N3 kali ni aku nk share resepi aje... kahkahkah.. resepi Asam Pedas cara aku sndr.. sedap!! X menyesal cuba! org Johor beb, x reti masak asam pedas kire belum lulus tu nk pki status Bangsa Johor.. ok gurau.. 🤭 

Nk masak asam pedas ni kna tgk jenis ikan.. bukan semua rasa sama je ye..biasa kat Johor org suka masak asam pedas guna ikan laut mcm mayong, semilang (ade yg kata mayong n semilang ni spesis sama je.. 😅), ikan pari.. adehhh parah aku ni, br cite jenis ikan je da kecur liur.. 😆
Haaaa.. saje post besor2 pic Asam Pedas ikan pari ni.. kecur liur x?? 😋


Jom tgk bahan yang aku guna utk Asasm Pedas ikan pari ni..

Bahan:

-  Ikan pari 5,6 ketul  (ko basuh dulu, sental dgn asam jawa atau limau then rendam jap)
-*cili kering 20 tangkai
-*bawang merah 4 biji
-*bawang putih 4 ulas
-*ibu kunyit dlm 1, 2 cm
-*belacan besar ibu jari
-  Air asam jawa
-  daun kesum
-  lada hitam kisar kasar dlm 1 tsb
-  sawi asin/ tomato (option)
-  Minyak masak untuk tumis
-  Garam & pak aji (pak aji ni option, slalu aku x letak pun)

* bahan-bahan yg dikisar skali

Ok.. kite tgk cara masak.. easy peasy je gaisssss (bak kata anak aku tu.. 😂)

Cara memasak:

- ko panaskan la minyak dulu tuk menumis.. then da sonyap minyak lam periuk tu, masukkan bahan kisar yg bertanda * tu.. tumis la smpi pecah minyak (alaaaaa aku xde lak snap step memasak ni,, korg paham sndr la kan) 

- da pecah minyak ko masukkan ikan2 td tu.. gaul sebati jap dgn bahan tumisan (bg die serap rasa.. baru kaw 😋) then masukkan air asam jawa dlm semangkuk la.. jgn byk sgt air nnt cair ceroi lak, cenggitu mmg x sedap, failed! 😅

- then da mendidih ko masukkan la lada hitam, daun kesum n sawi asin.. biar didih jap.. api kecik je tau.. klu x kang hancur ikan ko.. 😅 

- last but not least ko persedapkan la bubuh garam n pak aji tu.. taraaaaa siap da!! simple kan.. 😋


so nnt boleh la cube.. ehh.. eh.. resepi ni sesuai untuk ikan mayong, semilang, pari.. bahan die crucial skit.. perut ko x tahan leh berulang kuar masuk tandas..😅  Klu resepi utk ikan merah, jenahak, kembong atau yg  seangkatan dgnnya (ikan cluster bangsawan la ni..) resepi die lain tau.. x sedap ko masak ikut resepi atas ni.. so jgn memandai,, aku ajar tuk ikan pari, ikan pari jelah.. atau ikan yg aku terangkn td) ok!!

anak cina main scuba..
korg smua.. Selamat mencuba!! 


♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Thursday, February 23, 2012

Kamu lah Kupu-Kupu Syurga itu...



Salam...

Berjurai2 air mata menahan sebak didada sambil melayankan lagu Suratan atau Kebetulan dendangan Kenny, Remy dan Martin hasil nukilan idea abg Mazidulakmal,  untuk kite lebih mendalami keluh kesah yg dialami keluarga arwahyarham adik Faris Nur Daniel yang baru je pergi meninggalkan seisi alam semesta ini pada pagi tadi.. sape2 yg masih blur ttg hal ni silalah sudikan diri klik diSINI..

Terhentilah sudah detik waktu adik Faris utk berlari2 ditaman2 permainan, menikmati segala toys yg ade dipasaran juga gurau senda bersama keluarga tersayang.. kini adik Faris sedang tersenyum melihat keindahan syurga Allah swt yang telah dijanjikan untuknya.. tp bagaimanakah dengan keluarganya yg sedang meratapi pemergiannya??! 

Sekujur tubuh kecil yang tidak berdosa baring telentang meninggalkan segala sisa keperitan hidup yang dialaminya selama hampir sebulan.. ikuti kisahnya diSINI.. ibu bapa mane yang boleh menduga.. anak seceria adik Faris boleh 'pergi' dalam sekelip mata.. tempoh 6 tahun bersama gelagatnya yang aktif dan ceria berakhir dgn linangan air mata yang x terduga.. ibarat 'diluah mati mak, dibuang mati bapak'.. begitu pedihnya jiwa, peritnya dada utk ditelan semuanya.. sungguh tabah hatimu wahai ibu dan abah adik Faris.. semoga Allah swt memberi kekuatan dan ketabahan dijiwa mereka utk menempuh segalanya.. 

Janji Allah swt itu pasti.. kamu sedang dikasihi... dan Allah swt tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (ayat pertama dari surah Al-Baqarah 2;286)


Saja ku uploadkan gambar2 girang dan ceria adik Faris ketika hayatnya.. teringat anak2 ku dirumah.. (T_T)

Bijak dan Ceria 


Dalam Kenangan keluarga tercinta..

Berbahagialah kamu disana sayang... al-fatihah..
Gambar diperolehi dari Web Bersama Mazidul  . A million thanx to Mazidul Akmal for sharing this difficult moment (-_-)

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Thursday, May 19, 2011

Uniknye dunia blogging nih..


Salam Ukhwah...

Al- Fatihah buat rakan blogger Telurdibasuh yang telah pergi meninggalkan kite semua buat selamanya.. bukan sahaja kita malah seluruh dan seisi alam fana ni.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba-hamba yang dikasihiNya.. aamiiin..

Beberape minggu lepas pun ade rakan blogger yang 'pergi' meninggalkan kita buat selamanya.. dlm usia yang begitu muda.. sape yg sangka, sesungguhnya jodoh pertemuan ajal dan maut hanya ditanganNya.. kite hanya mampu merancang namun dikesudahannya kita haruslah redha dan bersyukur dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.. Dia juga la yg Maha Mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita..

Ape related tajuk n3 nih dgn celoteh aku kat atas tuh... sabo ler... ini ler yg aku cube sampaikan.. korunk rase x unik ke?! Dlm dunia blogging yg kite x knal secara realiti (kecuali yg da pernah buat gathering la kan..) tapi boleh sampai maklumat penting seperti diatas.. maksudnya of course la ade belog lain yg war2kan ttg berita tuh.. 

aku terty2.. mgkn belog yg smpikan berita tuh samada kenalan rapat atau didunia luar pun mmg derang da knal.. kan?! terty2 jugak aku.. andai tiba 'masa' aku nnt.. adakah rakan2 blogger yg lain akan dapat berita tuh.. ermm sape la gamaknya yg baek ati tu kan?! ye lah.. bacaan doa Al-Fatihah klu melebihi 40 org yg sedekahkan.. ringan roh nk pegi..  

Ok lah.. buat rakan2 blogger dan peringatan tuk aku.. sama2 lah kita saling sampai menyampaikan sesuatu yg baik.. ikut seruan Rasulluah s.a.w " Sampaikanlah walau dengan sepotong ayat.."

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Gigi Punca masalah kesuburan lelaki?!


Eeeeei ye ke?!! jom bace.....

Para pengkaji dari hospital Bikur Holim, Israel, mendapati bahawa penyakit gusi memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.

Manakala sekumpulan pengkaji dari University of Berlin, Germany pula mendapati bahawa rawatan kesuburan terhadap 18 lelaki telah menemui kegagalan. Mereka dapati 18 lelaki ini mengalami masalah gigi dan gusi. Setelah kesemua 18 lelaki ini menjalani rawatan pergigian, didapati 6 daripada isteri mereka telah berjaya hamil.

Dalam suatu kajian yang lain,  para pengkaji mendapati sekumpulan lelaki gagal dirawat dengan antibiotik apabila dikesan terdapat bakteria dalam kandungan semen mereka. Kumpulan ini juga didapati mengalami masalah-masalah gigi dan gusi. Kumpulan lelaki ini kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan yang dikawal penjagaan pergigian manakala kumpulan kedua pula masalah pergigian yang tidak dirawat. 

6 bulan setelah rawatan pergigian dijalankan, analisis sperma dilakukan sekali lagi. Didapati bahawa 2/3 daripada ahli kumpulan pertama yang menjalani rawatan pergigian menunjukkan sampel sperma yang sihat manakala bagi kumpulan kedua, seprma mereka kekal dalam keadaan 'tidak sihat'.

Bagaimanakah perkaitan antara gigi yang tidak sihat dengan ketidaksuburan lelaki?
Keadaan dimana terdapat jangkitan bakteria pada sperma dikenali sebagai Bacteriospermia. Jangkitan bakteria pada gigi, gusi dan ruangan mulut boleh menyebabkan Bacteriospermia ini. Para pengkaji berpendapat bahawa bakteria ini akan menjangkiti melalui saluran darah ke bahagian-bahagian badan yang lain termasuklah testis. Bakteria ini akan mematikan sperma dan juga menyumbang kepada masalah motiliti dan morfologi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses untuk mendapat zuriat. Mungkin ia nampak remeh, tapi boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan.

Sumber rujukan: 
Bieniek et al., 'Diseases of the masticatory system as possible causal factors of infertility' ZWR (1989) 98(10):850, 852, 854.
Bieniek et al., 'Bacterial foci in the teeth, oral cavity, and jaw: Secondary effects (remote action) of bacterial colonies with respect to bacteriospermia and subfertility in males' Andrologia (1993) 25(3):159-162.
Ensslen et al., 'Male subfertility and oral bacterial diseases' Zentralbl. Gynaekol (1990) 112(13):823-825

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Nak kerja kerajaan ke?!



Salam Ukhwah...

Monink uolss!! da sarap ke? aku belum.. malas r nk turun cafe tuh.. lagipun ari2 dok tgk menu yg same.. alahaaaai kembang doh tekak ni.. tp Alhamdulillah x pernah putus rezeki Allah di Malaysia nih.. x mcm yang berlaku di negara2 Afrika Selatan sane.. cedey tgk derang dok kutip makanan tepi2 jalan.. ade tu yg sanggup telan najis lembu.. Astagfirullah al-azim.. syukran sgt ade di bumi Malaysia nih..

Ea'a.. bukan nk bebel isu makan pg nih.. melalut lak.. aku ni tetbe terpanggil nk kongsi ngan korg ttg cara mane SPA buat pengambilan kakitangan kerajaan ni.. korg ske ke nk masuk kerajaan?! ok.. ini soalan subjektif, aku tau klu setiap antara kite xkan punye pemikiran yang same.. betul x?!

Ok... yang mane suke tu, boleh ler korg cedok skit ape yg aku nk kongsikan nih.. mane lah taw terkena plak.. mcm main jack pot.. untung sabut timbul.. hehehe (mcm taw2 je..)

Dulu.. kaedah pengambilan yang diguna pakai oleh SPA adalah dengan menilai kecemerlangan akademik, calon yang layak akan terus dipanggil untuk interview..

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Friday, April 29, 2011

Kenapa kite mesti bersabar?!


Salam Ukhwah..

Hah.. ini adalah kesinambungan dari ENTRY nih.. da bace?! belum?!! haip.. bace skang gak.. law x , xbest r kan?! ermmmm... Ok2.. da bace br leh teruskan topik atas nih.. (^_^)

Ermmm.. memandangkan zaman sekarang zaman org terkejar2 kan teknologi dan kemewahan.. aku ckp kemewahan sbb almaklumla kome.. skang smua da mahal.. semua kna duit.. kentut jek belum di cas.. sbb tu Ujang ske kentut sepah2.. hahaha.. (xpasal2 ujang yg kena.. kui3x)

Da2.. smbg topik.. maka dengan semua terkejar2 tulah ramai yg alpa akan sifat yg satu ni.. keSABARan..x sabar nk cepat kaye.. x sabar nk jd lbh advance.. x sabar itu dan x sabar ini..hurrrm mcm2 lagi lah..

Besar ganjarannye bg mereka yang menjaga sikap SABAR nih.. sudah semestinya ganjarannya adalah syurga.. seperti yang disebut dlm Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Sesungguhnya hanya orang yang bersabar yang dicukupkan pahala bagi mereka tanpa batasan." (surah al-Zumar 39:10)

SABAR itu ada dihati. Apabila hati baik, wajah akan kelihatan cantik dan kita akan sentiasa dapat melihat kebaikan.. Ya bersabarlah!! kita akan merasai ketenangan dan keindahan dengan kebaikan itu.. sesugguhnya SABAR itu .. INDAH!! 
 

Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
kita hamba yang dibatasi takdir
di situlah noktah segala tadbir..

Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknye tercalar tauhid
Sesungguhnya SABAR itu INDAH
Didikan terus daripada Allah..

Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar..

Ujian itu penebus DOSA
Meningkatkan darjat
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak penghias samudera!



♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Sabar itu perlu kerana ianya INDAH!!

Salam Ukhwah..

Monink oulss!! da bgn ye? da solat?! Alhamdulillah... lebat ujan kat luar sana... dingin hingga ke tulang.. alahai.. mata bagai digam2 ye... dipeluk comforter lak tu... adeeeeeeh mmg dengkiiii!! Sabar... sabo... sabaq... hehehe

Itu ler terpanggil tuk bebel pasal isu sabar nih... bukan mudah kan nk praktikkan sifat yang satu ni.. payah!! tp itu la die sesuatu yang sgt INDAH ganjarannya bile kite praktikkan.. x caye?! cube lah try test...

"MARAH ITU MUDAH SABAR ITU INDAH"

SABAR sinonim dgn sesuatu perkara yang kite panggil MUSIBAH.. kite manusia nih mmg xkan mampu menahan musibah..  namun kite harus ingat musibah itu dtg hanya dengan izin Allah saje.. ade tertera dlm ayat sucinye (Surah Al- Taghabun ayat 64:11)
 

Bila musibah dtg menimpa, mula la fikiran bercelaru, hati resah gelisah dan jiwa kacau.. dan mula merasa diri seolah2 dalam kegelapan.. mase ni syaitan2 seronok bermain.. eeeei tatooot...

Tapi bile mempraktikkan sabar... fikiran, hati dan jiwa itu kembali stabil.. tetbe rase diri yang tadinye gelap dilimpahi cahaya. Maka benarlah seperti yang disabdakan Rasulullah s.a.w " Sabar itu umpama sinar matahari.."



Mmg sukar utk mempraktikkan sabar bila jiwa tidak kental... MC pun selalu jek MELATAH bila sesuatu musibah menimpa diri.. musibah bukan saje memberi maksud kemalangan saje yek kwn2.. setiap yang mendtgkan duka, kecewa dan kesakitan itu semua adalah MUSIBAH... jd dlm menangani musibah ini sabarla dalam bersabar.. agar dpt lihat keINDAHan sabar itu sndr... wallahualam...

Sumber ilmu: Solusi Edisi 31.. (^_^)

nota kaki: nnt MC bebel kan ttg pengertian dan cara mempraktikkan sifat sabar ni ye...sabaaaaar.... (^_^)

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Thursday, April 28, 2011

Mengenali tanda diri diminati...

Salam Ukhwah..

"Wah... die minat kat aku la..."  atau  "ea'a.. die ni mcm minat kat aku je?! atau  "die minat kat aku ke x eik?!" hah... mcm2 yang bermain difikiran tu kan??! xpasti adakah diri tu diminati atau tidak?! nak taw... jom cungkil rahsia die, selesaikan teka teki dihati tuh.... (mcm taw2 je aku... kih3x)

Hah... post kali ni nk kongsi dgn korunk.. mcm mane korunk nk taw diri tu diminati atau x?! boleh gak klu nk praktikkan.. mane la taw.. untung sabut timbul.. hehehe skang ni x timbul lah isu perigi cr timba.. sbb skang org da guna paip.. pieceeee \m/^.^\m/

Ok2.. da xsabar sgt nk mencungkil rahsia nmpknye? ade yang admire ke?! ooowh mcm tu ea.. ok meh cr kepastian...

klu korg nk taw samada seseorg tu meminati korunk atau x.. korunk crlah ciri2 yang akan aku kongsikan dgn korunk kat bwh ni....

  • Cari cara mendekati -  org yang minat korunk tu dengan sengajanye buat2 bertembung dgn korunk, menegur korunk walaupun dihadapan kwn2 korunk, mengajak korunk utk buat aktiviti bersama mcm ajak tgk wayang ke, ajak makan ke atau ape2 lagi lah..dorg ni biasanye malu tuk meluahkan perasaan jadi dorg buatla mcm2 reason tuk dpt bersama dgn korunk.. hehehe
  • Perlihatkan melalui bahasa tubuh - X taw mcm mane bahasa tubuh?! ok.. meh aku bgtau.. biasanye bahasa tubuh xboleh menipu.. cth mcm dr lirikan mata, pertuturan bahasa, senyuman dan penampilan bile bersama korunk.. antara paling jelas seperti bile korunk bercakap die akan memandang tepat ke mata korunk, bile korunk bercakap die akan mendengar dgn sgt tekun, bg yg free hair (x bertudung) mula la main2 rambut sepert menggulung2kannye malah secara otomatik die tertiru cara korunk cth korunk letakkan kedua tgn atas meja.. mereka juga akan tetbe mengikut cara tersebut.. hehehe
  • Sanggup luangkan masa - bile kite tidak menyukai seseorg itu biasanye bosan mcm mane sekali pun kite akan menolak utk keluar dgn die kan? kontra la pulak dgn mereka yg meminati kite ni.. br sebut jom.. cepat2 die jwb ok!! padahal diri tu sbuk nk mampus.. hehehe
  • Ingin tahu semuanya - biasanye mereka yg minat kite akan sbuk nk taw semua hal kite termasuk la hal keluarga, benda yg diminati, smpikan  makanan n mnuman kegemaran pun disoal siasat.. hehehe
  • Cemburu - biasanye mereka yang meminati kite secara diam2 nih akan menonjolkan sikap cemburu  tanpa mereka sedari.. law xcaye korunk leh test dgn memuji2 org lain..yg same jantina dgn die la kan..confirm tetbe dtg angin monsun bile anda tegur die blk.. x pun dr nada suara.. korunk mesti boleh cam punye la.. hehehe
  • Merancang masa depan - hah! ni tanda paling kronik r.. dgn gamblenye mereka akan tetbe bercerita ttg simpanan mereka, masa depan, soal anak2, soal rumah dan sebagainye lah..hahaha itu tandanye die nk menikmati smua tu bersama korunk la.. hehehe
Ok.. info ini aku dptkan dalam majalah minggun wanita edisi 1-7 April 2011.. br je lg.. aku nk sharekan sbb aku rase 95% tepat la.. agaknye penulis die buat survey kot.. knape aku kate 95% tepat.. sbb pengalaman aku di approach lelaki ketika belajar n keje dulu.. mcm ni lah.. smpi naik rimas.. hehehehe
 
So pasni korunk leh r perhatikan gerak geri sahabat disekeliling korunk.. law pelik2 n ade tanda2 cam kat atas ni.. confirm die ske korunk.. cube try puji die depan2.. mesti tersipu2 malu.. abis blushing satu muka.. auuuuww malu la u ni.. kah3x!! ♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Thursday, April 14, 2011

Ape yang ada dlm F.A.M.I.L.Y

Salam Ukhwah....

Dapat email dr Pn. Bos.. dan aku nk kongsikan dgn korg dicni.. perkara yang baik harusla disebarkan walaupun sepotong ayat.. eceh!! hadis Rasulullah lah...



FAMILY

Adakah korg sedar, sekiranya kita mati hari ini.. syarikat/ organisasi akan segera mencarikan pengganti kita..
Tetapi dalam keluarga, mereka akan sedih dan merasa kehilangan kita selamanya..

Sedarlah.. sekiranya kita menghabiskan masa kita pada kerja, melebihi keluarga kita.. ia merupakan pelaburan yang tidak bijak?!

Apakah maksud tersiratnya?!

F = Father. A = And. M = Mother. I = I. L = Love. Y= You

 "HARGAILAH KELUARGA ANDA"

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Friday, April 8, 2011

Hati2 dengan telur tiruan?!

Salam Ukhwah...

Yeahaaa!! da nk blk.. ni ler mase yang ari2 aku nntkan.. tuk senin hingga jumaat jew okeh!!  sonok.. jap g nk berjimba di pasar malam Putrajaya.. pasar malam terbesar yang pernah aku lihat n pergi.. yuhuu!!

Ok2.. straight to the topic.. aku nk share ngan korg berita baru2 nih.. sbok di dada akhbar ttg telur palsu dipasaran Malaysia.. alahai bijaknye  smpi telur ayam pun boleh dipalsukan.. telur manusia boleh x eik?! o0o0ps.. sensored.. kih3x

Jom layan maklumat  ttg telur palsu nih yang asalnye dari negara china dan sekarang terjual dikawasan Penang..

Siapa bole bandingkan antara palsu dan benar?!

Bahan yang digunakan: Karbonat, resin. alum, parafin wax dan pelbagai lg..

Kalsium klorida digunakan untuk menghasilkan telur kuning


Direndam dalam cecair parafin wax utk selaput luar kuning telur
Proses membuat kulit telur tiruan dgn menggunakan bahan kimia tertentu


Kulitnya juga adalah palsu dr bahan kimia..

Nipis dan mudah pecah.. utk kuning telur agak cair sedikit warnanya

Telur palsu lebih cerah dan licin.. manakala yang asli ada bintik2..


Langkah pencegahan haruslah diambil dengan kadar segera sebelum ia merebak dipasaran serata Malaysia dan sebelum kita sendiri tidak mampu membezakan yang tiruan dan asli.. Bahan2 kimia tertentu  digunakan kemungkinan menyumbang pelbagai penyakit kronik dikemudian hari.

Klah smpi sini dulu.. korg layanz jelah k!!
Thanx 4 reading ea.. (^_^)


♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Saturday, February 12, 2011

..SeDapNye AiR SeRai..

Salam Ukhuwah...

Tahukah anda betapa sedapnya serai jika dibuat jus... sy pun baru tahu.. sbb td br try order di restoran Lemongrass, The Mines.. mmg enak... pelik jugak mula2.. terpkir2 knape serai eik? mgkn sbb nk sinonim kan dgn nama restoran kot.. atau mmg owner restoran mengetahui ttg khasiat serai.. jom kite selidik.. 


ini ler rupe Serai.. :)


Serai atau nama saitifiknya Cymbopogon citratus sering digunakan dalam masakan bagi menambah keharuman dan kelazatannya. Tetapi tahukah anda sebenarnya banyak khasiat dari serai yang kita boleh manfaatkannya dlm perubatan.

Dalam perubatan tradisi serai digunakan untuk mengubati pelbagai jenis penyakit seperti sakit kepala, sengal-sengal (rheumatism), sakit perut dan masalah buang air kecil. Biasanya serai akan ditumbuk lumat dan disapukan didahi (sakit kepala) atau tempat yang sengal-sengal agar dpt melegakan sakit tersebut. Bagi masalah sakit perut ataupun masalah sukar membuang air kecil bolehla direbus dan meminum air rebusan tersebut.Ia juga boleh digunakan untuk dibuat mandi agar badan terasa segar.




Sedap kengkwn mnum air serai ni... cuba lah.. ia boleh didapati di Restoran Lemongrass.. sy da cube.. mmg enak... yummy!!


Jom kita try buat;

Rebus beberapa batang serai ( boleh direbus dgn daun pandan utk tambahkan wanginya)
da siap rebus campur kan dgn sedikit air gula..

Mnum panas segar mnum sejuk pun sodap!!

Selamat mencuba kengkwn!!


♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Friday, February 11, 2011

..Ingin CANTIK dgn KIWI..

Salam Ukhuwah...


Tahukah anda khasiat buah KIWI??! Terdpt 1001 khasiat didalamnya dan cukup memenuhi nutrisi tubuh dan sekaligus menjadikan kulit lebih cantik bermaya...  Jom ikuti kisah buah kiwi ni.. ;D





Berasal dari New Zealand, dan terdapat 2 jenis buah kiwi iaitu kiwi hijau dan kiwi emas..  kiwi hijau sudah tentulah isinya bewarna hijau dan kiwi emas isinya bewarna kekuningan. Kedua2nya dihiasi dgn biji2 halus bewarna hitam didalamnya.. pernah tgk??! cantikkan..
Sentuh tentang cantik ni.. da jadi fitrah manusia yang sentiasa suka pada kecantikkan dan keindahan.. betul x?? Mari kita tgk apa yang buah kiwi ni boleh buat tuk kecantikkan kita.. ;D

Selain untuk kesihatan tubuh badan kerana ia kaya dgn vitamin C, antioksidan, lutein dan beta karoten, kalium dan boleh mengatasi masalah pencernaan, Ia juga boleh membantu memelihara kulit wajah agar lebih sihat bermaya. Diantara kegunaannya:-
  • Sebagai masker yang boleh menjadikan kulit lebih elastik dan segar
  • jika menjadi menu wajib setiap hari, ia boleh menjadikan wajah lebih bersinar, mengurangkan kerutan pada wajah dan dpt menghilang lingkaran hitam bawah mata
  • kandungan antioksidan yang tiinggi juga membuatkan kulit kelihatan lebih muda dan berseri.
  • buah ini menghasilkan minyak omega-3 yang biasa digunakan dlm pembuatan kosmetik
  • Hanya mengandungi sedikit kalori, sehingga buah ini mudah diambil oleh mereka yang menjalani program diet..
Jadi kwn2 marilah amalkan memakan buah kiwi ni..  dibuat jus pun sodap.. ;) 



Happy Reading fwenss!!!
♥...SinGGah LaGi Ye...♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2