'

✿Terima kasih sudi singgah sini.. leave ur jejak here K.. i'll visit u later✿

Thursday, May 19, 2011

Gigi Punca masalah kesuburan lelaki?!


Eeeeei ye ke?!! jom bace.....

Para pengkaji dari hospital Bikur Holim, Israel, mendapati bahawa penyakit gusi memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.

Manakala sekumpulan pengkaji dari University of Berlin, Germany pula mendapati bahawa rawatan kesuburan terhadap 18 lelaki telah menemui kegagalan. Mereka dapati 18 lelaki ini mengalami masalah gigi dan gusi. Setelah kesemua 18 lelaki ini menjalani rawatan pergigian, didapati 6 daripada isteri mereka telah berjaya hamil.

Dalam suatu kajian yang lain,  para pengkaji mendapati sekumpulan lelaki gagal dirawat dengan antibiotik apabila dikesan terdapat bakteria dalam kandungan semen mereka. Kumpulan ini juga didapati mengalami masalah-masalah gigi dan gusi. Kumpulan lelaki ini kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan yang dikawal penjagaan pergigian manakala kumpulan kedua pula masalah pergigian yang tidak dirawat. 

6 bulan setelah rawatan pergigian dijalankan, analisis sperma dilakukan sekali lagi. Didapati bahawa 2/3 daripada ahli kumpulan pertama yang menjalani rawatan pergigian menunjukkan sampel sperma yang sihat manakala bagi kumpulan kedua, seprma mereka kekal dalam keadaan 'tidak sihat'.

Bagaimanakah perkaitan antara gigi yang tidak sihat dengan ketidaksuburan lelaki?
Keadaan dimana terdapat jangkitan bakteria pada sperma dikenali sebagai Bacteriospermia. Jangkitan bakteria pada gigi, gusi dan ruangan mulut boleh menyebabkan Bacteriospermia ini. Para pengkaji berpendapat bahawa bakteria ini akan menjangkiti melalui saluran darah ke bahagian-bahagian badan yang lain termasuklah testis. Bakteria ini akan mematikan sperma dan juga menyumbang kepada masalah motiliti dan morfologi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses untuk mendapat zuriat. Mungkin ia nampak remeh, tapi boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan.

Sumber rujukan: 
Bieniek et al., 'Diseases of the masticatory system as possible causal factors of infertility' ZWR (1989) 98(10):850, 852, 854.
Bieniek et al., 'Bacterial foci in the teeth, oral cavity, and jaw: Secondary effects (remote action) of bacterial colonies with respect to bacteriospermia and subfertility in males' Andrologia (1993) 25(3):159-162.
Ensslen et al., 'Male subfertility and oral bacterial diseases' Zentralbl. Gynaekol (1990) 112(13):823-825

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

0 BuDak CoMel MenYamPuk.. :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2