'

✿Terima kasih sudi singgah sini.. leave ur jejak here K.. i'll visit u later✿

Monday, February 14, 2011

..samb. Kehamilan Berisiko..

Salam Ukhuwah..





Hai kengkwn.. seperti yang telah dijanjikan semlm.. nk teruskan pasal topik jenis kehamilan yang berisiko tinggi ni.. 

Sepertimana yang kita rasa saat tahu kita sedang hamil.. mcm2 perasaan yang timbul ade yg berbaur excited, terharu, gembira dan rase nak nangis pun ada.. tp bukan semua ibu2 bernasib baik dapat menjalani tempoh kehamilan dgn lancar dan sempurna. Ada bakal ibu yang terpaksa tempoh saat2 membimbangkan setelah doktor memastikan terdapat risiko komplikasi terhadap kehamilan mereka.

Di antara risiko2nya ialah:

a) Pre-Eklampsia atau Eklampsia - Komplikasi ini disebabkan peningkatan terhadap tekanan darah si ibu yang diikuti dgn peningkatan kadar protein dlm urin. Biasanya berlaku tika kandungan mencecah 20 mggu atau minggu pertama selepas bersalin. Risiko yg mgkn berlaku adalah seperti berikut:-
    • Plasenta terlepas dari dinding rahim;
    • Bayi berisiko mengalami gangguan kesihatan selepas lahir seperti kekejangan
    • Bayi lahir dgn berat badan rendah kerana plasenta tidak mampu untuk membekalkan makanan dgn baik
    • Bayi lahir pramatang
    • Ibu mengalami pendarahan yang banyak

b.) Jangkitan - Disebabkan oleh kulat, virus atau bakteria : a) Jangkitan kulat sering berlaku pada vagina disebabkan kulat candida albicans. Penyebabnya adalah kadar hormon estrogen yang meningkat sewaktu hamil jadi tubuh menghasilkan banyak gula jenis glikogen yang merupakan makanan pada kulat tersebut. b) Jangkitan virus - paling byk adalah viru hepatitis B dan hepatitis C, terdapat jugak virus campak rubella yang bolen menyebabkan kecacatan janin, terutama pada jantung dan telinga bahagian dalam. Jangkitan virus sitomegalo pula boleh menyebabkan gangguan pembentukan otak dan hati janin. c) Jangkitan bakteria - seperti jangkitan pada vagina yang dipanggil vaginosis. Jangkitan ini boleh menyebabkan bayi lahir pra matang, kantung air ketuban bocor dan keguguran. Risiko yang mgkn berlaku:
    • bergantung kepada jenis mikroorganisma yang menjadi puncanya. Umumnya jangkitan semasa kehamilan akan mengganggu proses perkembangan janin secara keseluruhannya.
c.) Diabetes sebelum atau semasa hamil - komplikasi ini mengganggu kehamilan dan mampu  menyukarkan proses bersalin. Ia mgkn dihidap oleh ibu sebelum hamil dan ada yang muncul pada masa proses hamil (diabetes gestasional). Ia akan menyebabkan pelbagai masalah terhadap organ tubuh ibu mahupun janin. Risiko yang mgkn berlaku:-
    • kecacatan pada bayi yang lahir
    • kelainan pada sistem peredaran darah bayi terutama saluran air kencing
    • gangguan pada fungsi ginjal
    • kelainan pada sistem pencernaan
    • bayi lahir meninggal
    • ukuran bayi besar hingga sukar dilahirkan
    • bayi mengalami hipoglikemia iaitu kadar gula dalam darah bayi terlalu rendah
    • bayi sukar bernafas kerana kadar insulin atau gula dalam darah terlalu banyak


whatever it is saranan saya adalah lebih baik kita sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan mengikut temujanji yang telah ditetapkan bagi memantau tahap kesihatan kita ketika hamil.. dan pada saya kehamilan bukan lesen untuk  ibu2 bermalas2an apalagi dlm hal menjaga kebersihan diri, atau lesen untuk memakan apa saja mengikut kemahuan diri.. kerana sesetgh ibu hamil sgt manja dan sering dimanjakan.. oleh itu sebagai ibu yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk bayi mereka, hendaklah mendisplinkan diri  dalam menjaga kebersihan diri, pemakanan serta pengambilan ubat-ubatan (jika mengambil ubat/supplemen adalah lbh baik mengikut transkipsi yang diberikan oleh doktor bertauliah)


Ok kengkwn.. tertunai sudah janji saya.. ( lega rase..) sekiranya kwn2 ada pandangan atau maklumat tambahan silalah berkongsi dgn sy diruangan komen kamu itu...ok

Happy reading fwensss!!

♥...SinGGah LaGi Ye...♥

0 BuDak CoMel MenYamPuk.. :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2