Sudah pasti ramai yang memberi tanggapan kalau topik ini berkenaan kebaikan susu ibu dan faedahnya kepada bayi serta ibu itu sendiri.. tapi sebenarnya tidak..apa yang ingin saya kongsikan disini adalah tanggungjawab sebenar seorang ibu mengikut syariat.. Mgkn topik ini khusus untuk mereka yang muslim.. ;)
Bukan mudah bagi seorang ibu untuk menunaikan 100% tanggungjawabnya sebagai ibu.. apatah lagi bagi mereka yang bekerjaya dan yang mengikut arus kemodenan tika ini.. kenapa mesti salahkan kerjaya atau perubahan era mahupun teknologi.. itulah mentaliti masyarakat kita.. ada yang menganggap menyusui bayi itu adalah kuno kerana terikut2 tradisi yang dibawa oleh atok, nenek, wan dan berbagai la.. Astagfirullah al-azim..
Menyusukan bayi adalah salah satu dari suruhan Allah s.w.t seperti yang dijelaskan didalam firmanNya (surah al-Baqarah: ayat 233) yang bermaksud:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorg melainkan menurut kemampuannya."
dan sambungan dari ayat ini juga..
"Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh mereka) mereka sudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya)"
Dari maksud ayat diatas intipatinya jelas menunjukkan bahawa ibu hendaklah menyusukan bayinya sehingga umur bayi 2 thn.. dan sekiranya hendak berhenti menyusukan bayi sedang bayi memerlukan susu ibu, hendaklah dengan persetujuan ibu dan bapa bayi itu sndr..
Ramai ibu-ibu yang tidak dapat sempurnakan kewajipan mereka untuk menyusukan bayi kerana beberapa faktor. Diantaranya ialah:
- Susu badan tidak cukup;
- Bayi menangis dan menolak untuk menyusu;
- Letih dan tidak mampu untuk meneruskan penyusuan;
- Tiada keyakinan diri untuk menyusukan; dan
- lain-lain
Pada saya ini semua mentaliti ibu itu sendiri.. dan harus diingat apa yang difikirkan kita adalah apa yang akan berlaku.. Jadi jika ibu-ibu ingin berjaya dalam penyusuan susu badan ini hendaklah serapkan jiwa dan fikiran yang positif seperti:
- aku boleh menyusukan bayi aku;
- bayi aku inginkan susu aku;
- khasiat susuku tidak boleh menandingi susu lainnya;
- susuku adalah untuk anakku; dan
- lain2 yang positif
Terlalu byk info berkenaan dgn penyusuan susu badan ni..aku bukanlah lactation consultant, peer counselor berbagai lg la.. tp aku hanya seorang ibu yang sgt teruja untuk menyusukan anakku.. sungguhpun aku juga x dapat lari dari masalah-masalah berkenaan penyusuan ku, namun aku x kan mengalah dan akan teruskan perjuangan ku demi anakku tersayang..
Tips dariku buat ibu-ibu yang berjuang untuk meneruskan penyusuan bayi mereka.. sekiranya mengalami kerunduman kuantiti susu ataupun masalah lainnya.. amalkanla ayat suci kallamullah ini.. (surah al-hujurath: ayat 8) yang bermaksud:
"Sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
Selalulah amalkan selepas sembahyang, ataupun sebelum ingin menyusukan atau mengepam sambil tangan diletakkan pada dada (iaitu breast anda) insyaAllah dipermudahkan..Aamiiin...
0 BuDak CoMel MenYamPuk.. :
Post a Comment