'

✿Terima kasih sudi singgah sini.. leave ur jejak here K.. i'll visit u later✿

Friday, June 17, 2011

Abah.. zai is 29th la!!!

Salam Ukhwah...

Hurmmm... best udara di keheningan subuh ni... sebelum dicemari dgn pelbagai bendasing alam.. mmg rugi siapa yg x pernah menikmatinya.. dingin embun menusuk hingga ke tulang.. lebih dingin dr aircond bersuhu 25°c tu..

Bersyukur ke hadrat Illahi.. aku diberi peluang utk bersama org2 yang ku kasihi.. lebih bersyukur kerana masih bugar utk mengharungi kehidupan ini dgn penuh tawaduk.. Alhamdulilah..

Abah... hari ni genaplah zai 29 tahun.. da semakin byk usia zai.. maka seharusnya semakin matang la pemikiran dan pendirian zai.. iye bah.. dan zai seharusnye makin memahami hati mak dan abah.. insyaAllah zai akan jaga mak sebaik mgkn selagi hayat dikandung badan..

Mgkn zai x berkesempatan utk menjaga abah.. malah zai x ambil peluang utk menjaga abah.. tapi zai akan ambil peluang yg zai ada utk menjaga mak sebaik mgkn.. insyaAllah bah..

Tiada lagi kata2 ucapan dan bungkusan hadiah dari abah.. memadaila jika abah doakan zai 'disana'..

Terima kasih yang x terhingga bah kerana telah membesarkan zai.. abah byk mengajar zai ttg erti kehidupan.. abah sentiasa memberi peluang pada zai utk menilai sendiri kehidupan ni.. segala didikan yang abah bekalkan akan zai serap dlm sanubari hingga ke akhir hayat zai..

Zai bangga dengan personaliti zai yang abah bentuk sejak dr kecil.. sedikit sebanyak buat pemikiran zai lebih dewasa dari usia.. terima kasih bah.. zai x cari pandangan bangga org terhadap zai memadai jika mereka menerima diri zai dengan ikhlas.. zai sedar zai bukan org yang sempurna tapi zai akan berusaha utk ke arah itu.. insyaAllah..
♥...SinGGah LaGi Ye...♥

2 BuDak CoMel MenYamPuk.. :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
2